Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Huawei Mendakwa Jabatan Perdagangan AS

2019-06-23 14:38:30

Syarikat Huawei di Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap Jabatan Perdagangan negara itu kerana menahan peralatan Huawei secara haram.

Huawei menghantar beberapa peralatan telekomunikasi ke sebuah makmal bebas di California untuk diuji pada tahun 2017. Namun peralatan itu ditahan Jabatan Perdagangan AS di Anchorage, Alaska dalam perjalanan dihantar kembali ke China selepas diuji dengan alasan permit eksport mungkin diperlukan pada bulan September tahun itu.

Selepas itu, Huawei telah menyerahkan maklumat yang perlu kepada pihak berkuasa AS dan dimaklumkan keputusan akan dibuat dalam tempoh 45 hari. Namun setakat ini, peralatan itu telah ditahan lebih 20 bulan, dan Jabatan Perdagangan AS masih belum membuat keputusan.

Menurut Huawei, peralatan itu dihasilkan di luar negara AS dan dihantar kembali ke tempat penghasilan, maka tidak perlu memperoleh permit eksport. Tidak kira tindakan Jabatan Perdagangan AS menahan peralatan itu salah atau tidak, pihaknya tidak membuat keputusan tanpa alasan ialah tindakan haram. Huawei menuntut Jabatan Perdagangan AS membuat keputusan, sekiranya Huawei tidak melanggar peraturan, peralatan berkenaan mesti dikembalikan.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin