Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Dialog Sama Rata Jalan Selesai Pergeseran

2019-06-21 13:48:25

Presiden China dan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan rundingan dalam tempoh Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Osaka, Jepun.

Mereka bersetuju mengekalkan komunikasi antara kumpulan kerja ekonomi dan perdagangan, maklumat yang meredakan kebimbangan ramai dan turut merangsang pasaran saham dunia.

Selasa lalu, dua pemimpin tersebut berkomunikasi melalui telefon. Dalam satu kenyataan di hadapan Jawatankuasa Kewangan Kongres susulan panggilan telefon itu, Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer menyatakan pergeseran antara kedua-dua negara tidak dapat diselesaikan melalui dialog semata-mata.

Ditanya bagaimana menangani keadaan jika rundingan dengan China gagal mencapai kemajuan, Lighthizer berkata setakat ini belum terjumpa kaedah yang lebih baik daripada tarif.

Lighthizer, sambil menyuarakan kesediaan untuk memulihkan rundingan ekonomi dan perdagangan serta membaiki hubungan dua hala, masih memberi isyarat akan mengenakan tekanan melalui tarif. Ini bukanlah sikap yang patut diambil untuk merungkai masalah hingga tuntas.

Fakta setahun lalu membuktikan tekanan yang dikenakan AS terhadap China sama sekali tidak membantu menyelesaikan pergeseran, tidak akan berkesan kini dan juga pada masa depan.

Sejak AS menaikkan tarif ke atas produk China bernilai USD200 bilion pada Mei lalu, China telah mengambil beberapa tindakan balas yang menunjukkan sikap lebih matang, tenang dan tegas, sekali gus menampakkan China bersedia dengan respons yang menyeluruh.

Kumpulan kerja kedua-dua negara diharap bertindak sehaluan berdasarkan konsensus antara pemimpin, dan aktif berkomunikasi bagi mengatasi perbezaan pendapat. Hanya melalui dialog secara sama rata dan dengan mempertimbangkan keprihatinan satu sama lain dapat pergeseran antara China dengan AS diselesaikan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin