Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Xi, Kim Berunding

2019-06-21 13:28:24

Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong-un di Pyongyang petang semalam.

Xi berkata, persahabatan kedua-dua negara yang selaras dengan hasrat rakyat dan kepentingan masing-masing, tidak akan berubah walau apa jua perubahan yang berlaku dalam situasi antarabangsa. China komited berkongsi pengalaman tadbir urus negara dengan DPRK, di samping mempergiat interaksi demi ikatan persahabatan lebih kukuh.

Beliau berkata, China akan memperluas kerjasama dengan DPRK melibatkan pendidikan, kesihatan, sukan, media dan belia hingga mengembangkan persahabatan tradisional dan membawa limpahan manfaat kepada seluruh rakyat.

Kim Jong-un pula berkata, adalah menjadi pendirian pihaknya untuk mewarisi persahabatan dengan China dari generasi ke generasi. DPRK mahu mengambil peluang daripada kunjungan Presiden Xi untuk memperkasakan penyelarasan strategik.

Katanya, DPRK komited merapatkan interaksi muhibah dan melonjakkan hubungan dengan China ke satu tahap yang lebih tinggi. Pihaknya sedang melaksanakan garis strategik baharu dan akan menimba pengalaman China untuk membangunkan ekonomi dan menambah baik kesejahteraan rakyat.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin