Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

India Tambah Tarif ke atas Produk AS

2019-06-17 11:58:34

India akan mengenakan tarif tambahan terhadap 28 jenis produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) bermula 16 Jun.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, 28 jenis produk itu termasuk biji badam, kekacang dan walnut.

India menyusun senarai tarif tambahan berkenaan pada Jun tahun lalu bagi membalas tarif serupa yang dikenakan AS terhadap produk aluminium dan keluli yang diimport dari India.

Tarikh kuat kuasa tarif baharu tersebut telah beberapa kali ditangguhkan pihak India, dengan harapan rundingan dapat diadakan dengan AS.

Bagaimanapun, AS membatalkan layanan Sistem Keutamaan Umum (GSP) kepada India pada 5 Jun tahun ini dengan alasan "India gagal memberikan akses pasaran secara adil dan munasabah", mengakibatkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara bertambah tegang.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin