Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Ucapan Xi Tunjuk Hala Tuju Asia

2019-06-17 11:09:03

Sidang Kemuncak ke-5 Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) diadakan di Dushanbe, ibu negara Tajikistan Sabtu lalu.

Presiden Xi Jinping dalam ucapannya telah menghuraikan pandangan China mengenai usaha menggalakkan keamanan berkekalan dan kemakmuran bersama Asia.

Ucapan beliau turut menunjukkan hala tuju bagi negara-negara Asia memperkukuh persefahaman, kesalingpercayaan dan kerjasama serta mewujudkan hasil yang saling menguntungkan demi mencipta situasi baharu keselamatan dan pembangunan Asia.

Bekas ketua Pusat Kajian China Akademi Sains Sosial Vietnam, Do Tien Sam menyatakan ucapan Presiden Xi menggariskan pembinaan komuniti berkongsi nasib Asia di bawah situasi baharu ketika ini. Matlamat itu bukan sahaja selaras dengan ciri-ciri Asia, malah kepentingan setiap negara di rantau ini.

Presiden Xi telah menekankan bahawa China akan terus mengetengahkan diri selaku pembina keamanan dunia, penyumbang kepada pembangunan global dan pelindung tata tertib antarabangsa. Do Tien Sam mengatakan bahawa ini menunjukkan China sebuah negara besar yang bertanggungjawab, akan lebih aktif menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran dunia.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin