Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Pos China: Syarikat Asing Mesti Mematuhi Undang-undang China

2019-06-02 14:51:11

Sehubungan dengan kejadian syarikat penghantaran FedEx Amerika Syarikat (AS) menghantar barang Huawei ke destinasi yang salah, Ketua Pengarah Jabatan Pos China, Ma Junsheng ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) menyatakan bahawa mana-mana perusahaan penghantaran modal asing yang berniaga di China mesti mematuhi undang-undang dan peraturan berkenaan di negara ini, selain tidak boleh menjejaskan kepentingan sah perusahaan dan pengguna.

Menurut Ma, pihaknya menerima aduan bahawa FedEx cuba menghantar kiriman ke destinasi lain tanpa kebenaran atau tidak memaklumkan pengirim atau penerima. Tindakan ini melanggar undang-undang industri penghantaran kurier di China dan juga menjejaskan kepentingan pengguna yang sah. Pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terhadap kes ini.

Ma berkata, undang-undang dan peraturan industri penghantaran kurier di China amat sempurna.

Siasatan bagi kes FedEx tersebut kondusif bagi menjaga peraturan pasaran penghantaran kurier di negara ini, memelihara kepentingan perusahaan dan pengguna yang sah, selain memastikan keselamatan pos dan ekonomi terjamin di negara ini.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin