Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Senarai Entiti Yang Tidak Boleh Dipercayai akan Dilaksanakan

2019-06-01 15:12:27

Kementerian Perdagangan China (MOC) mengumumkan, China akan menubuhkan sistem "senarai entiti yang tidak boleh dipercayai" berdasarkan undang-undang berkaitan. Perusahaan, pertubuhan dan individu asing yang tidak mematuhi peraturan pasaran, mungkir janji dalam kontrak, memblokade atau memutuskan bekalan kepada syarikat China kerana tujuan bukan komersial, dan menjejaskan kepentingan syarikat China yang sah, akan dimasukkan dalam senarai itu. Bukiran tindakannya akan diumumkan dalam masa terdekat.
Ini tindakan balas yang terpaksa diambil China berikutan Amerika Syarikat (AS) memasukkan banyak syarikat China dalam "senarai entiti" kawalan eksport tanpa bukti.
Dalam tempoh setahun lalu, China telah mengadakan rundingan ekonomi dan perdagangan peringkat tinggi dengan AS sebanyak 11 pusingan, berdasarkan prinsip saling hormat, sama rata dan saling untung, sehingga mencapai kemajuan positif. Namun AS tidak menunaikan janjinya dan kerap kali mengenakan tarif tambahan, malah menggunakan kuasa negara untuk memutuskan bekalan syarikat negara itu kepada syarikat China termasuk Huawei hingga mengenakan sekatan ekstrem terhadap China demi menyekat pembangunan China.
Menurut mantan Presiden AS, Jimmy Carter, AS ialah negara yang paling suka berperang dalam sejarah dunia, manakala China tidak pernah membazir satu syiling pun dalam perang, sebaliknya menggunakan sumbernya dalam pembinaan seperti kereta api laju. Memang begitu, China mencintai perdamaian, bersikap rasional dan kawal diri, dan mengutamakan pembangunan. China menyedari bahawa tiada pemenang dalam perang perdagangan, sebarang sekatan dan tindakan balas akan menjejaskan kedua-dua pihak. Walaupun begitu, China terpaksa mengambil tindakan balas demi memelihara kepentingan rakyat China dan AS malah seluruh dunia, menjaga sistem perdagangan multilateral dan peraturan antarabangsa.
Bagi pihak China, membalas bukanlah tujuan, tindakan perlu diambil untuk membolehkan AS menyedari bahawa kerjasama dan situasi menang-menang ialah trend pembangunan dunia. Realiti dalam setahun lepas telah membuktikan bahawa tarif tambahan akan menjejaskan kepentingan kedua-dua pihak China dan AS dan tidak kondusif bagi dunia. Memutuskan rantaian industri global akan merosakkan kemajuan sains dan teknologi serta tamadum manusia. Kerjasama ialah satu-satunya pilihan yang betul bagi China dan AS. China sentiasa komited menyelesaikan perselisihan perdagangan melalui rundingan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin