Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Sidang Kemuncak Khas GCC dan AL di Mekah

2019-06-01 15:12:06

Sidang kemuncak khas Suruhanjaya Kerjasama Teluk (GCC) dan Liga Arab (AL) masing-masing diadakan di Mekah, Arab Saudi malam Khamis lalu.

Kejadian kapal komersial mengalami "sabotaj terancang" di perairan Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini, dan saluran paip minyak Arab Saudi diserang, menjadi fokus bagi kedua-dua sidang kemuncak tersebut.

Negara-negara Teluk mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk tindakan Iran menjejaskan keselamatan di kawasan Teluk dan menggesa negara itu menghentikan bantuan kepada pengganas, selain menyeru masyarakat antarabangsa mengambil tindakan yang ketat terhadap Iran.

Setiausaha Agung AL, Ahmed Abul-Gheit menyatakan bahawa sidang kemuncak AL menggesa Iran mempertimbangkan semula peranannya di rantau itu. Beliau menegaskan, AL menghormati hak rakyat negara-negara Arab, berusaha untuk menggalakkan keselamatan dan kestabilan serantau. Pihaknya menggesa Iran menghentikan tindakan campur tangan dalam urusan negara Arab.

Walau bagaimanapun, Iraq menolak untuk memeterai kenyataan yang mengutuk Iran selepas sidang kemuncak AL tersebut.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin