Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Kerjasama Kunci Hubungan Kukuh China, Perancis

2019-03-25 13:37:54

Sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Buenos Aires, Argentina tahun lepas, Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Perancis, Jean-Yves Le Drian bersama-sama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengulangi komitmen untuk bekerjasama menangani perubahan iklim. Ini bukan sahaja memperlihatkan keprihatinan ketiga-tiga pihak terhadap masalah perubahan iklim, malah juga kerjasama rapat antara China dengan Perancis dalam isu tersebut.
Perancis negara Barat pertama yang menjalinkan ikatan diplomatik pada peringkat duta besar dengan China, membuka penerbangan langsung ke China dan menawarkan kursus bahasa Mandarin di universiti. Perancis juga negara pertama yang menganjurkan Tahun Budaya China dan menubuhkan pusat budaya China. Persahabatan antara rakyat kedua-dua negara ini bersejarah lama.
Hubungan antara kedua-dua negara mendapat manfaat daripada kerjasama yang dijalankan secara terbuka. Pada tahun lepas, jumlah perdagangan dua hala mencatat USD62.9 bilion (RM256 bilion), meningkat 15.5% berbanding tahun sebelumnya, tertinggi dalam sejarah.
Presiden Xi Jinping pernah menyatakan biar apapun perubahan yang dialami dunia, hubungan China dengan Perancis dapat diperkukuh dan dimajukan asalkan kedua-dua negara berpegang pada prinsip bebas, terbuka, saling untung, inklusif, saling belajar dan bertanggungjawab.
Rasa saling percaya dalam politik antara China dengan Perancis agak tinggi. Di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan, Perancis boleh memainkan peranan lebih penting dan melakar kemajuan lebih besar dalam kerjasama melibatkan pasaran pihak ketiga.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin