Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

LMC, Manfaat kepada Pembangunan Serantau

2019-03-25 12:45:54

Naib Perdana Menteri Kemboja, Prak Sokhonn yang juga Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa mengucapkan tahniah sempena pelancaran Minggu Lancang-Mekong 2019.

Katanya, Kemboja bertuah dapat bersama-sama China, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam menetapkan matlamat untuk membina komuniti berkongsi nasib negara-negara di lembangan Sungai Lancang-Mekong demi keamanan dan kemakmuran bersama.

Dengan berlandaskan integrasi serantau dan multilateralisme, negara-negara terlibat mempercepat usaha mengurangkan jurang pembangunan dan bersama-sama membina ASEAN yang lebih kuat. Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) komponen penting dalam rangka kerjasama China-ASEAN.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada China atas Dana Khas LMC berjumlah USD300 juta (RM1.22 bilion) untuk tempoh lima tahun, yang menjadi sokongan kepada projek kerjasama kecil dan sederhana.

Beliau yakin pelaksanaan projek-projek berkenaan akan membawa manfaat ketara kepada rakyat di seluruh rantau.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin