Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Jauh di Mata, Dekat di Hati

2019-03-24 16:38:00 CRI

Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan rasmi ke Monaco hari ini, atas undangan rakan sejawatnya dari negara tersebut, Albert Alexandre Louis Pierre Grimaldi. Ini merupakan lawatan pertama pemimpin negara China ke Monaco, setelah kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik pada tahun 1995. Lawatan berkenaan telah memberi isyarat bahawa negara-negara di dunia ini boleh menjadi rakan sama rata dan saling untung biarkan besar atau kecil dan dekat atau jauh.Ketika ditemui Prince Albert IIdi Beijing pada tahun 2018, Xi telah menekankan, walaupun jauh lokasinyadan berbeza keadaan negara masing-masing, China dan Monaco berjaya menjalin hubungan bilateral berlandaskan prinsip saling hormat, sama rata dan menang-menang. Perkembangan hubunganini pada lebih20 tahunlalu telah memjadi contohbagi negara maju dengannegara membangun yang bermotivasiinovatif untuk menghadapi masa depan.Sebagai negara membangun terbesar di dunia, China telah menetapkan matlamat pembangunan bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang menjunjung "inovatif, selaras, hijau, terbuka dan berkongsi". Sementara itu, konsep pembangunan Monaco yang menghormati alamserta sejarahdan bercirikan pembinaan bandar boleh dipelajari China. Boleh dikatakan bahawa kedua-dua pihak mempunyai ruangyang amat luas bagi kerjasama bilateral dalam ekonomi hijau, pemeliharaan persekitaran, perkhidmatan kewangan, pembangunan lestari, pelancongan dan sosiobudaya.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin