Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, Indonesia Ikrar Galakkan Projek Usaha Sama

2019-03-24 15:40:00 CRI

Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China, Ning Jizhe mengetuai delegasinya membuat lawatan ke Indonesia pada 21 hingga 23 Mac.Dalam pertemuan dengan Menteri Koordinator Bidang kemaritiman Indonesia, Luhut Binsar Panjaitan dan Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN), Rini Soemarno, kedua-dua pihak bersepakat untuk menggalakkan penyelarasan dalam pelaksanaan dasar pembangunan serta kerjasama dua hala secara pragmatik.China dan Indonesia juga bertukar-tukar pendapat berhubung pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), kerjasama kapasiti industri, rancangan kerjasama koridor serta pembangunan pelabuhan dan taman perindustrian dalam mesyuarat kali pertama anjuran Suruhanjaya Bersama Kerjasama Pembinaan "Koridor Ekonomi Bersepadu Regional" kedua-dua negara pada 21 Mac lalu.Selain itu, delegasi berkenaan meninjau projek pembinaan kereta api laju (HSR) Jakarta-Bandung usaha sama syarikat China dan Indonesia serta program kerjasama pendidikan sains dan teknologi di pulau Kura-kura, provinsi Bali.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin