Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, Itali Tingkatkan Kerjasama dalam Isu Antarabangsa

2019-03-23 15:04:02

China menyokong badan legislatif China dan Itali mengeratkan pertukaran pengalaman dalam penggubalan undang-undang dan pentadbiran negara khususnya usaha bagi menggalakkan kerjasama ekonomi dan kewangan serta pertukaran sosiobudaya.

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian dalam pertemuan dengan Presiden Dewan Perwakilan Itali, Roberto Fico di Rom semalam.

Beliau berharap kedua-dua pihak meningkatkan interaksi dan koordinasi dalam pertubuhan parlimen pelbagai hala agar menyumbang kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran dunia.

Fico mengalu-alukan lawatan Presiden Xi ke Dewan Perwakilan Itali dan yakin lawatan beliau akan melonjakkan hubungan bilateral ke satu tahap baharu. Dewan Perwakilan Itali komited

merancakkan pertukaran dan kerjasama ekonomi, perdagangan dan kebudayaan kedua-dua negara dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan, meningkatkan interaksi dan penyelarasan dalam menangani isu perubahan iklim dan Agenda Pembangunan Mampan 2030 PBB serta mendorong kerjasama Kesatuan Eropah (EU) dengan China.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin