Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Tangani Isu Venezuela dengan Baik

2019-02-28 13:57:31

Meskipun wujud pandangan berbeza mengenai isu Venezuela, namun negara-negara yang menghadiri mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) kelmarin bersependapat isu berkenaan harus ditangani dengan baik. 
Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Politik, Rosemary DiCarlo menyuarakan kebimbangan atas konflik yang berlaku di sempadan Venezuela dengan Colombia dan Brazil baru-baru ini. 
Sambil menyeru pihak-pihak terlibat bertenang dan bersabar, beliau melahirkan kesediaan pihaknya untuk bekerjasama dengan badan-badan berkenaan di Venezuela. 
Wakil Tetap China ke PBB, Ma Zhaoxu pula berkata, China menyeru pihak-pihak domestik Venezuela mencari penyelesaian politik melalui dialog dan rundingan berdasarkan rangka Perlembagaan dan undang-undang. 
Katanya, China menentang campur tangan oleh pihak luar dan berharap masyarakat antarabangsa memberi bantuan konstruktif kepada Venezuela untuk membolehkan isu-isu terbabit diselesaikan secara lancar.
Menteri Luar Venezuela, Jorge Arreaza menuduh Amerika Syarikat (AS) mempergunakan bantuan kemanusiaan sebagai alasan untuk menggunakan kekerasan. Beliau menggesa UNSC meluluskan resolusi melarang penggunaan kekerasan atau ancaman seumpama terhadap Venezuela. 


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin