Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Pak Ma, Pelopor yang Disegani

2019-02-11 10:01:41

Ma Shanxiang yang lebih mesra dengan panggilan Pak Ma, dianugerahkan gelaran "pelopor pembaharuan" oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Dewan Negara pada 2018 atas sumbangannya sebagai pengantara rakyat di peringkat akar umbi.
Untuk tiga dekad lamanya Pak Ma membaktikan diri kepada masyarakat, mendamaikan perselisihan antara penduduk bandar Chongqing dengan penuh kesungguhan. Kaedah penyelesaian sengketa Pak Ma dipuji rata-rata sebagai amat efektif, hingga disanjung tinggi oleh Presiden Xi Jinping.
Sepanjang 30 tahun itu, Pak Ma berjaya menyelesaikan lebih 2,000 kes pertelingkahan dengan catatan kerja sebanyak lebih 160 naskhah yang merumuskan 60 kaedah pengantaraan.
Kini, Pak Ma yang sudah bersara masih lagi menyumbang bakti di “studio Pak Ma”.

Pada persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) di Beijing tahun lepas, Xi Jinping selaku Setiausaha Agung PKC, menyertai sesi perbincangan delegasi bandar Chongqing. Pak Ma yang buat kali pertama menjadi ahli NPC menceritakan pengalaman kerjanya kepada beliau.
Dalam kerjanya, Pak Ma menetapkan aturan berupa 24 perkataan terhadap dirinya, yang boleh digambarkan sebagai "berdiri untuk sambut tetamu, persilakan tetamu duduk, jamu minuman, dengar dengan teliti, buat catatan, berinteraksi, beri nasihat, selesaikan masalah, ucap selamat jalan di pintu".
Menurut Pak Ma, perselisihan yang dialami ramai dewasa ini memerlukan orang tengah yang cekap.
Kini, “kaedah Pak Ma” dipelajari oleh golongan pekerja di seluruh negara. Pak Ma sendiri sering mengunjungi komuniti-komuniti untuk berkongsi pengalaman dan melatih pekerja muda.

Selepas mendengar riwayat Pak Ma, Xi Jinping menyatakan dengan penuh perasaan bahawa pembangunan sosialisme bercirikan China memerlukan Parti sebagai tulang belakang, disokong asas yang kukuh di peringkat rakyat.
Kata Xi, yang diperlukan adalah berjuta-juta seperti pak Ma yang bekerja di peringkat akar umbi, untuk menjadi penunjuk jalan kepada anggota Parti. Pak Ma diharap dapat terus menyumbang bakti dalam kerja harian beliau.
Dalam tempoh persidangan NPC dan CPPCC, Pak Ma menulis catatan sepanjang hampir 40 ribu perkataan. Katanya, semangat persidangan itu serta pandangan dan perasaan sendiri mahu dibawa pulang untuk dikongsi dengan mereka yang paling dekat dengan dirinya.
Kata Pak Ma, pujian daripada Xi Jinping ialah satu galakan besar. Beliau akan menerapkan semangat, dasar dan pemikiran Parti ke dalam kerja harian agar dapat membaktikan diri kepada masyarakat dengan lebih baik.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin