Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

TBC Dinamikkan Seluruh Dunia

2019-02-09 14:54:37

Pada beberapa hari lalu, Tahun Baharu China (TBC) antara perkataan hangat yang disebut oleh media luar negara, selain pemimpin beberapa negara mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina, mercu tanda pelbagai tempat di dunia dihiasi dengan lampu merah menyala bagi menyambut TBC, Malam Gembira TBC Kumpulan Media China (CMG) yang turut disiarkan oleh lebih 200 radio dan TV di seluruh dunia.

TBC, perayaan tradisional yang paling penting bagi orang China, juga menjadi penghubung antara China dengan negara-negara lain di dunia.

Pada tahun 2018, agregat ekonomi China buat kali pertama mencecah RMB90 trilion, manakala pendapatan boleh guna per kapita mencatat RMB28,228 yang meningkat 6.5% berbanding tahun sebelumnya. Kebalakangan ini, banyak rakyat China melancong sempena TBC. Menurut statistik, pada cuti panjang sempena TBC 2019, jumlah pelancong China ke luar negara mencatat 7 juta orang. Angka ini meningkat 15% berbanding tahun lepas. Antaranya negara-negara jiran termasuk Thailand, Jepun, Indonesia menjadi pilihan utama mereka.

Dalam konteks pemulihan ekonomi dunia lebih rendah daripada jangkaan, sektor pelancongan antara penggerak utama bagi pertumbuhan ekonomi semasa ini. Antaranya, China menyumbang sumber pelancong yang semakin meningkat dengan stabil. Jumlah pelancong China kali pertama melebihi 100 juta pada tahun 2014. Angka ini meningkat kepada 140 juta pada tahun lepas. Pelancong China meliputi 157 buah negara dan kawasan di seluruh dunia hingga China menjadi negara sumber pelancong terbesar di dunia selama lima tahun berturut-turut.

Sempena TBC 2019, Tahun Pelancongan China-Laos, Tahun Pelancongan China-New Zealand, dan Tahun Pelancongan China-Negara-negara Kepulauan Pasifik turut dilancarkan. TBC sedang membawa kedinamikan kepada seluruh dunia.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin