Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Abe Mahu Galak Perjanjian Damai Jepun-Rusia

2019-02-08 12:00:01

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe semalam menyuarakan komitmen pihaknya untuk terus menggalakkan rundingan dengan Rusia bagi menyelesaikan isu wilayah dan mencapai perjanjian damai.

Dalam perhimpunan kebangsaan untuk menuntut wilayah di utara dikembalikan yang berlangsung di Tokyo semalam, Abe menyatakan isu-isu tinggalan Perang Dunia Kedua sukar diselesaikan, namun "matlamat ini mesti dicapai".

Empat buah pulau di utara Hokkaido dipanggil empat pulau utara oleh pihak Jepun dan Kepulauan Kuril Selatan oleh Rusia. Gugusan pulau itu sebahagian wilayah Jepun sebelum Perang Dunia Kedua, yang kemudiannya diduduki oleh Kesatuan Soviet. Jepun dan Rusia masih belum menandatangani perjanjian damai ekoran perselisihan besar dalam isu tinggalan tersebut.

Menurut hasil pertemuan Abe dan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Singapura pada November tahun lalu, proses rundingan perjanjian damai akan dipercepat berdasarkan Perisytiharan Bersama Kesatuan Soviet-Jepun yang ditandatangani pada 1956.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin