Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Pemimpin Pelbagai Negara Ucap Selamat TBC

2019-02-07 11:54:16

Pemimpin pelbagai negara mengucapkan Selamat Tahun Baharu China kepada kerajaan dan rakyat China serta perantau di seluruh dunia, dengan harapan agar ikatan muhibah dan hubungan kerjasama terus berkembang maju. 

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyampaikan mogaan baik dalam bahasa Mandarin menerusi rakaman video. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan rakyat China terhadap PBB.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersama isteri, Melania menyampaikan mogaan baik kepada rakyat China dengan harapan agar sentiasa sihat, makmur dan bahagia.

Ucapan serupa turut disampaikan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron menerusi akaun Twitternya, mendoakan limpahan tuah buat rakyat Perancis dan seluruh dunia yang merayakan Tahun Baharu Cina.

Perdana Menteri Britain, Theresa May dalam ucapan menerusi rakaman video yang disiarkan pada malam tahun baharu, menyatakan orang Cina di seluruh dunia sedang menyambut ketibaan tahun baharu. Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina di Britain memperlihatkan kekuatan, kedinamikan dan kepelbagaian dalam masyarakat Britain yang berbilang budaya, serta peranan penting komuniti Cina di negara itu.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin