Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Perancis Lulus Undang-undang Antikekerasan

2019-02-06 11:31:10

Perhimpunan Kebangsaan Perancis meluluskan undang-undang antikekerasan bagi mengelakkan tindakan kekerasan dalam aktiviti tunjuk perasaan dan mengenakan tindakan ke atas pesalah.
Undang-undang itu diluluskan semalam dengan 387 undi menyokong dan 92 undi menentang, sementara 74 tidak mengundi.
Sejak November tahun lalu, gerakan "ves kuning" terus mengganggu ketenteraman awam. Konflik kekerasan antara penunjuk perasaan dengan polis berlaku di banyak bandar.
Undang-undang baharu itu memberi kuasa kepada pihak polis untuk memeriksa bagasi dan kenderaan di sekitar lokasi tunjuk perasaan, selain membenarkan kerajaan provinsi melarang orang ramai terlibat dalam demonstrasi, jika tindakan mereka dipercayai akan mengancam keselamatan awam.
Menurut rang undang-undang itu, sesiapa yang sengaja menutupi seluruh atau sebahagian wajah supaya tidak dikenal pasti selepas mengganggu ketenteraman awam, akan dijatuhkan hukuman penjara sehingga setahun dan denda 15 ribu euro atau 70 ribu ringgit.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin