Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Golongan Miskin Paling Diberikan Perhatian Presiden Xi

2019-02-06 10:30:33

Pada ambang Tahun Baharu Cina, Presiden Xi Jinping yang juga Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), berkunjung ke kawasan berpenduduk miskin.
Kata beliau, golongan yang paling diberikan perhatian ialah penduduk belum keluar daripada belenggu kemiskinan.
Dalam beberapa tahun ini, agenda tinjauan Xi melibatkan kesemua kawasan yang paling miskin di seluruh negara bagi membolehkan beliau melihat sendiri kehidupan sebenar penduduk miskin, sekali gus membantu dalam pertimbangan terhadap puncanya serta sasaran kerja berkenaan.
Sebagai pemimpin tertinggi negara, Xi telah kerap kali menekankan bahawa penduduk miskin tidak boleh dibiarkan tertinggal dalam perjalanan mewujudkan masyarakat kaya secara menyeluruh. Golongan petani hendaklah berkongsi hasil cemerlang pembangunan dan pembaharuan.
Xi kali pertama mengusulkan konsep membasmi kemiskinan berdasarkan keadaan setempat pada November 2013, ketika melawat Kampung Shibadong yang terletak di kawasan pergunungan terpencil.
Melalui kerja berkenaan, Kampung Shibadong membangunkan lima industri iaitu tenaga kerja, penanaman istimewa, penternakan istimewa, sulaman kaum Miao dan pelancongan. Pada 2017, semua penduduk berjaya keluar daripada kemiskinan, menjadikan kampung ini satu teladan bagi tempat-tempat lain.
Tinjauan di seluruh negara mendapati lebih 40% penduduk miskin menjadi miskin disebabkan penyakit. Golongan inilah yang menjadi tumpuan usaha kerajaan. Kata Xi, langkah terperinci perlu diambil untuk memastikan keberkesanan bantuan terhadap 20 juta rakyat yang miskin akibat penyakit.
Pada tahun lepas, kira-kira 800,000 warga perubatan dan jagaan kesihatan membuat tinjauan selama dua bulan di kawasan desa seluruh negara, mengenal pasti 45 jenis penyakit utama yang memerlukan liputan insurans perubatan. Dengan itu, sebanyak 5.81 juta rakyat yang jatuh miskin kerana penyakit berjaya keluar daripada kemiskinan.
Presiden Xi dalam ucapan sempena Tahun Baharu Cina 2018 pernah berkata, satu demi satu kemajuan dilakar dalam usaha membasmi kemiskinan pada tahun ini, membolehkan 10 juta penduduk desa keluar daripada belenggu kemiskinan. Masalah kemiskinan kerana penyakit menunjukkan kemajuan ketara apabila 17 jenis ubat antikanser dimasukkan dalam liputan insurans perubatan.
Presiden Xi sentiasa prihatin akan nasib penduduk miskin, yang diharap dapat menikmati hidup yang lebih bahagia. Pada pandangan beliau, masyarakat kaya secara menyuluruh adalah komuniti yang memastikan setiap rakyat biar betapa susah sekalipun, memiliki maruah diri dan kesejahteraan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin