Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Jepun, Jerman Mahu Lindung Perdagangan Bebas

2019-02-05 11:17:10

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Canselor Jerman, Angela Merkel telah mencapai kata sepakat untuk bergabung tenaga melindungi perdagangan bebas.
Dalam sidang media selepas rundingan di Tokyo semalam, Abe menyuarakan komitmen pihaknya untuk mempergiat kerjasama dengan Jerman bagi menjaga dan memperkukuh sistem ekonomi yang bebas dan terbuka.
Selaku pemimpin Eropah pertama yang melawat Jepun selepas Perjanjian Perkongsian Ekonomi (EPA)Jepun-Kesatuan Eropah berkuatkuasa, Merkel bersama-sama Abe membincangkan kemajuan lanjut hubungan ekonomi dua hala, sambil bertukar-tukar pendapat mengenai isu Britain keluar daripada Kesatuan Eropah atau Brexit.
EPA antara Jepun dengan EU itu berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Februari. Kerajaan Jepun berharap perjanjian itu dapat memangkin pertumbuhan ekonomi negaranya, sekali gus mengekang kebangkitan amalan perlindungan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin