Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Ucapan 'Selamat TBC' Xi kepada Rakyat yang Berbilang Kaum, Jamin Warga Emas Hidup Bahagia

2019-02-03 19:41:17

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Dewan Negara mengadakan majlis penyampaian ucapan Selamat Tahun Baharu Cina (TBC) di Beijing hari ini. Presiden China, Xi Jinping mewakili Jawatankuasa Pusat PKC dan Dewan Negara mengucapkan Selamat TBC kepada rakyat yang berbilang kaum, penduduk di Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong, Wilayah Pentadbiran Khas Makau, saudara setanah air di Taiwan, dan orang Cina di seberang laut. Xi menyatakan, semua kejayaan yang dicapai PKC dan negara tidak terlepas dari sumbangan rakyat.
Ketika membicarakan usaha pembangunan pada tahun 2019, Xi menyatakan, China akan berdasarkan fikiran sosialis yang bercirikan China pada era baharu, mengekalkan kestabilan, berusaha mencapai kemajuan, mengekalkan pembangunan berkualiti tinggi, berusaha membawa keuntungan, kebahagiaan dan keselamatan kepada rakyat, mengekalkan pembangunan ekonomi yang sihat dan berterusan serta kestabilan sosial, meletakkan dasar yang kukuh bagi mewujudkan masyarakat kaya secara menyeluruh, dan bersiap sedia merayakan ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China dengan kecemerlangan yang lebih besar.

Dalam ucapannya, Xi menegaskan China perlu berusaha mengembangkan sektor perkhidmatan untuk warga emas supaya semua warga emas dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.  

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin