Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, Jepun Ikrar Galakkan Hubungan Berada di Landasan Betul

2019-02-03 16:04:00 CRI

China bersedia bekerjasama dengan Jepun untuk memperkukuh rasa saling percaya dalam bidang politik, mengelakkan kekeliruan dan salah anggap antara satu sama lain, sekali gus menggalakkan perkembangan hubungan dua hala berada di landasan yang betul.

Ujar Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi ketika ditemui Pegawai Hal-Ehwal Luar Kementerian Luar Jepun, Takeo Mori yang menghadiri Dialog Keselamatan dan Rundingan Berkala Pihak Berkuasa Diplomatik China-Jepun di Beijing semalam.

Wang berkata, kedua-dua pihak patut mematuhi empat dokumen politik China-Jepun, melindungi asas politik bagi hubungan bilateral, malah melaksanakan persepakatan yang telah dicapai pemimpin kedua-dua negara, iaitu "menjadi rakan kerjasama dan tidak akan mengancam antara satu sama lain".

Tegas beliau, kestabilan hubungan dua hala turut bermanfaat bagi kedua-dua negara untuk menjalankan kerjasama dan koordinasi dalam hal-ehwal antarabangsa dan serantau.

Takeo Mori berkata, Jepun menghargai hala tuju perkembangan hubungan dengan China yang semakin dipulih pada ketika ini.

Negaranya bersedia bekerjasama dengan China bagi mengintensifkan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang, selain merancakkan interaksi sosiobudaya.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin