Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Lawatan Rombongan Seni, Zahirkan Rasa Persahabatan

2019-01-28 15:03:00 CRI

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden China, Xi Jinping diiringi isteri, puan Peng Liyuan menyaksikan persembahan yang dibawa rombongan seni Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) di Beijing, semalam.Presiden Xi berkesempatan mengadakan pertemuan dengan ketua rombongan, Ri Su-yong yang juga anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Buruh Korea (WPK), Naib Pengerusi Jawatankuasa Pusat WPK merangkap Ketua Bahagian Antarabangsa.Xi menyatakan, kunjungan rombongan itu bukan sahaja acara pertukaran budaya penting bagi melaksanakan konsensus antara pemimpin, malah sebahagian sambutan ulang tahun ke-70 ikatan diplomatik kedua-dua negara, yang dipercayai akan meningkatkan rasa muhibah sesama rakyat.Beliau berharap kedua-dua pihak dapat bersama-sama memajukan pertukaran dan kerjasama melibatkan seni budaya, terus membuat sumbangan positif untuk memperkukuh asas persahabatan di kalangan rakyat, mewarisi persahabatan tradisional dan mendorong pembangunan budaya sosialis masing-masing.Ri Su-yong pula menyatakan, agenda rombongannya di Beijing adalah bagi menzahirkan rasa persahabatan mendalam pemimpin dan rakyat DPRK terhadap China. Usaha akan dilakukan untuk mempererat kerjasama dan persahabatan, bagi membuka lembaran baharu hubungan kedua-dua negara.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin