Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Xi Jinping Tinjau Kawasan Baharu Xiong'an

2019-01-17 14:31:56

Presiden China, Xi Jinping menjalankan tinjauan ke Kawasan Baharu Xiong'an, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan prasarana, suasana pelaburan dan usaha niaga serta perlindungan ekologi. 
Penubuhan Kawasan Baharu Xiong'an amat signifikan bagi meringankan beban Beijing sebagai ibu kota, sekali gus meneroka model baharu untuk mengoptimumkan pembangunan kawasan yang padat penduduk dan memupuk enjin baharu bagi pembangunan dipacu inovasi. 
Landasan kereta api antara Beijing dengan Xiong'an akan mula dibina pada Februari tahun ini, dan dijangka beroperasi pada penghujung tahun depan. Xi Jinping telah berbual-bual dengan para pekerja projek itu melalui video di pusat pameran rancangan pembangunan Xiong'an. Beliau mengingatkan mereka agar mengutamakan keselamatan dan kualiti kerja.
Di pusat perkhidmatan kerajaan Xiong'an, Presiden Xi menggalakkan usahawan kumpulan pertama mengambil peluang bersejarah ini, mengambil bahagian dalam usaha membangkitkan bangsa dan pembaharuan negara. 
Pada petang semalam, Presiden Xi telah melawat kawasan penghutanan di Daqinghe.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin