Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Forum Ramalan Ekonomi China ke-10 di Beijing

2019-01-13 14:54:06

Forum Ramalan Ekonomi China ke-10 yang bertemakan "Peluang dalam Pembaharuan, Keterbukaan dan Transformasi Industri pada Era Baharu" diadakan di Beijing semalam.

Ketua Pusat Penyelidikan Pembangunan di bawah Dewan Negara, Li Wei ketika menyampaikan ucapan dalam forum itu menyatakan, dalam situasi baharu sekarang ini, China akan mempercepat langkah untuk mengoptimumkan serta menaiktaraf struktur ekonomi, menjadikan tekanan yang dihadapi sebagai tenaga penggerak bagi pembangunan yang berkualiti tinggi dan mengekalkan kestabilan, supaya secepat mungkin mendapat tenaga penggerak baharu untuk mendorong pelaksanaan pembaharuan dan keterbukaan pusingan baharu.

Beliau menegaskan, hendaklah secara menyeluruh meningkatkan kualiti dan keefisienan dalam inovasi dan memupuk semangat keusahawanan supaya membolehkan inovasi memainkan peranan bimbingan dalam kenaiktarafan ekonomi, hendaklah mendorong industri pembuatan berkembang ke arah yang berkualiti tinggi, dan menggalakkan keterbukaan dalam segenap aspek di samping memberi keutamaan terhadap sumber manusia. 


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin