Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Tetamu Asing Puji Kejayaan Antikeganasan di China

2019-01-12 15:34:22

Program Silk Road Celebrity China Tour ke-7 tajaan Kumpulan Media China (CMG) sedang dijalankan di Xinjiang. Wartawan dari media terkenal dari enam negara terlibat pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (BRI), iaitu Turki, Mesir, Afghanistan, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka setelah melawat pameran mengenai kes keganasan yang berlaku di Xinjiang masing-masing menyatakan, pelbagai negara perlu bekerjasama dengan bersungguh-sungguh untuk mengatasi keganasan, musuh bersama bagi umat manusia. Kerajaan China telah mengambil tindakan yang berkesan dalam bidang itu. Mereka berharap agar Xinjing mengekalkan keamanan.

Sejak tahun 1990an, kuasa pemisah bangsa dari luar negara, kuasa pelampau agama dan kuasa keganasan telah merancang dan melakukan beberapa ribu kes keganasan termasuk letupan, pembunuhan, membubuh racun, pembakaran, serangan dan rusuhan, mengakhibatkan ramai orang awam maut, beberapa ratus polis terkorban, dan kerugian harta benda tidak terkira.

Pengerusi Persatuan Wartawan Turki, Misket Dikmen menyatakan, isu keganasan sentiasa mengganggu masyarakat Turki, maka Turki paling memahami kerajaan China. 

Berdepan situasi antikeganasan yang rumit dan demi memelihara keselamatan jiwa dan harta benda dalam masyarakat yang berbilang kaum, kerajaan China mengambil tindakan dengan tegas memerangi jenayah keganasan di sisi undang-undang. Hasilnya, kes keganasan tidak berlaku lagi di Xinjiang dalam tempoh 25 bulan lalu, dan prestasi keselamatan masyarakat semakin baik.

Sehubungan itu, editor Majalah Al-Ahram Ektassdy Mesir, Samia Fakhry Mansour berkata, kestabilan merupakan dasar pembangunan. Beliau berharap Xinjiang kekal aman dan masa depannya lebih cerah.

Editor eksekutif akhbar Daily Sun Bangladesh, Shiabur Rahman pula menyatakan, pelbagai negara dikehendaki bekerjasama dengan bersungguh-sungguh demi menghapuskan keganasan dari akarnya. 


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin