Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Guangxi Percepat Pembinaan Laluan Perdagangan Darat-Laut

2019-01-11 15:34:00 CRI

Guangxi akan memanfaatkan pembinaan sistem pengangkutan bersepadu untuk mempercepat pembentukan laluan perdagangan darat-laut antarabangsa baharu, yang merupakan projek contoh bagi kesalinghubungan antara China dengan Singapura.Demikian sasaran bagi tahun ini, sebagaimana yang dijelaskan oleh naib pengerusi kerajaan wilayah Guangxi, Yang Jinbai dalam persidangan kerja mengenai hal ehwal perniagaan semalam.Pada tahun lalu, lima laluan kereta api telah dibuka untuk menyambungkan lima provinsi di barat China, dengan jumlah kereta api yang beroperasi sepanjang tahun mencapai 1,154, sementara jumlah kontena yang dikendalikan oleh Pelabuhan Teluk Beibu mencatat 2.9 juta TEU, meningkat 27.4% berbanding tahun sebelumnya.Ketua Jabatan Perdagangan Guangxi, Jiang Liansheng pula berkata, 2019 merupakan tahun pertama sasaran tersebut disebut dalam strategi kebangsaan. Pihaknya akan berusaha mewujudkan jumlah kereta api yang beroperasi sepanjang tahun mencapai 2,000 dengan jumlah kontena mencecah 3.7 juta TEU.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin