Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, Britain Komunikasi, Koordinasi Isu Myanmar

2019-01-11 12:05:00 CRI

Menteri Luar China, Wang Yi bertukar-tukar pendapat dengan rakan sejawatnya dari Britain, Jeremy Hunt mengenai hubungan dua hala serta isu Myanmar dalam satu panggilan telefon semalam.

Wang Yi menyatakan, berdepan situasi antarabangsa yang tidak menentu, China dan Britain selaku rakan kongsi strategik komprehensif seharusnya meningkatkan komunikasi dan kerjasama strategik untuk bersama-sama memainkan peranan penstabil.

Britain diharap dapat menangani dengan baik isu yang memberi kesan kepada kesalingpercayaan dan hubungan dua hala, di samping melaksanakan sepenuhnya konsensus untuk membina "zaman keemasan" hubungan China-Britain.

Menyentuh isu Myanmar, Wang Yi menyatakan tugas paling mendesak adalah menggalakkan Myanmar dan Bangladesh meningkatkan komunikasi dan koordinasi demi melancarkan kerja penghantaran pulang kumpulan pertama pelarian.

Hunt yang menyatakan betapa Britain mementingkan hubungan dengan China, memuji peranan negara ini dalam urusan antarabangsa dan serantau. Katanya, Britain bersedia mengekalkan komunikasi dan koordinasi dengan China dalam hubungan dua hala dan isu-isu yang menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa termasuk isu Myanmar.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin