Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Jamuan Ulang Tahun Ikatan Diplomatik China-AS

2019-01-11 12:05:00 CRI

Jamuan bagi meraikan ulang tahun ke-40 ikatan diplomatik China dan Amerika Syarikat (AS) diadakan di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam.Naib Presiden China, Wang Qishan dalam ucapannya menyatakan 40 tahun lalu, pemimpin China dan AS membuat keputusan bersejarah untuk menjalin ikatan diplomatik berdasarkan kepentingan asas rakyat, dengan visi strategik dan keberanian yang terpuji.Mengenang kembali empat dekad lalu, hubungan China-AS diwarnai jatuh bangun dalam sepanjang perjalanan, hingga melahirkan pencapaian cemerlang yang bukan sahaja menguntungkan rakyat sendiri, malah menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran dunia.Baru-baru ini, Presiden Xi Jinping dan Presiden Donald Trump telah mengadakan pertemuan dan berbual-bual melalui telefon. Kedua-dua presiden juga saling mengutus kawat tahniah sempena ulang tahun ikatan diplomatik. Wang Qishan menilai positif perkembangan hubungan bilateral selama 40 tahun lalu, dan mengusulkan hala tuju bagi perkembangan selanjutnya. Katanya, kedua-dua pihak perlu sentiasa ingat niat asal ikatan diplomatik dijalin, berpegang pada prinsip koordinasi, kerjasama dan kestabilan, serta berusaha demi manfaat semua. Kedua-dua pihak diharap saling menghormati; mengetepikan perselisihan dan mencari persamaan; mengekalkan semangat tiga pengumuman bersama China-AS dan konsensus penting antara pemimpin; menghormati kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan masing-masing; serta menangani perselisihan dengan baik melalui dialog. Saranan lain, kedua-dua pihak mencari dan memperluas kepentingan bersama, dan mengintensifkan kerjasama pragmatik untuk membolehkan rakyat lebih menikmati kesejahteraan. Minda yang terbuka harus dijadikan pegangan, kerjasama dan pertukaran dirancakkan bagi memenuhi aspirasi rakyat, interaksi pelbagai sektor diperluas bagi memperkukuh ikatan sesama rakyat dan asas sosial hubungan dua hala.Jamuan tersebut diserikan dengan kehadiran lebih 300 tetamu termasuk Duta Besar AS, Terry Branstad serta tokoh-tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat tempatan dan AS.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin