Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China Sokong Perdagangan Bebas Sejajar Prinsip WTO

2019-01-11 11:34:59 CRI

Dalam konteks globalisasi ekonomi yang tidak berubah dewasa ini, China tetap melindungi sistem perdagangan multilateral dan menyokong perdagangan bebas yang sejajar dengan prinsip Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng dalam sidang media di Beijing semalam berkata, pendirian China berhubung peraturan perdagangan bebas serantau adalah konsisten. China bersikap positif terhadap pembangunan perdagangan bebas yang selari dengan prinsip WTO, iaitu terbuka, telus dan saling untung.

Pada 30 Disember tahun lalu, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (Comprehensive Progressive Trans-Pacific Partnership, CPTPP) yang dimeterai oleh 11 anggota berkuat kuasa secara rasmi.

CPTPP yang dibentuk selepas Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sebelum ini meliputi populasi seramai 498 juta, sementara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara-negara pemeterai mewakili 13% agregat ekonomi sejagat.

Gao Feng berkata, China sentiasa membuat sumbangan untuk menggalakkan globalisasi dan integrasi ekonomi serantau. China sedang bekerjasama dengan pihak-pihak terlibat bagi mempercepat proses memuktamadkan rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang membabitkan 16 anggota meliputi populasi 3.5 bilion.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin