Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Hasil Baik Perlu Usaha Bersama

2019-01-10 15:04:00 CRI
Rundingan peringkat naib menteri mengenai isu ekonomi dan perdagangan melibatkan China dan Amerika Syarikat (AS), telah meningkatkan persefahaman malah meletakkan asas bagi menyelesaikan isu-isu yang menjadi perhatian bersama.Rundingan muka ke muka pertama yang menutup tirai di Beijing semalam memberi kesempatan kepada kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pendapat secara mendalam dan teliti.Hasilnya, beberapa konsensus mengenai isu perdagangan telah dicapai. Antaranya, China akan memperluas pengimportan produk pertanian dan tenaga dari AS.Dalam rundingan itu, wakil AS telah membangkitkan masalah dari segi struktur termasuk melibatkan sistem negara, keselamatan dan ideologi yang tidak dapat diterima pihak China, namun ada juga usulan yang sealiran dengan langkah China mengintensifkan pembaharuan dan keterbukaan, yang sudah ataupun sedang diusahakan.

Misalnya dalam aspek perlindungan harta intelek, China melaksanakan strategi pembangunan dipacu inovasi, menjadikan usaha meningkatkan tahap perlindungan harta intelek sesuatu yang mustahak.Biar apa pergeseran perdagangan yang wujud antara kedua-dua negara, isu berkaitan perlindungan harta intelek, kerjasama teknikal, akses pasaran dan sekatan bukan tarif mesti diselesaikan dalam proses China merealisasikan pembangunan berkualiti tinggi.Meskipun diatur sehari lewat daripada jadual, rundingan kali ini membawa kepada konsensus dalam isu berkenaan, sejajar dengan usaha China mengintensifkan pembaharuan dan keterbukaan.

Menurut konsensus yang dicapai dalam pertemuan pemimpin di Argentina awal bulan lepas, tempoh rundingan hanya selama 90 hari. Kini, 40 hari sudah berlalu. Kedua-dua pihak mempunyai tugas yang berat untuk mencapai perjanjian muktamad. Rundingan di Beijing kali ini telah menampakkan kemajuan, dan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan komunikasi rapat. Ini dilihat sebagai satu permulaan yang baik.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin