Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Xi, Kim Bertemu di Beijing

2019-01-10 12:04:00 CRI

Setiausaha Agung Parti Komunis China yang juga Presiden China, Xi Jinping dan Pengerusi Parti Buruh Korea (WPK) merangkap Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong-un bertukar-tukar pendapat dalam suasana mesra di Beijing kelmarin.

Hubungan bilateral dan isu-isu lain yang diperhatikan bersama menjadi tumpuan perbincangan yang telah membuahkan beberapa konsensus penting.Kedua-dua pemimpin bersetuju bekerjasama untuk memantapkan ikatan pada era baharu ini, di samping menggalakkan penyelesaian isu Semenanjung Korea melalui saluran politik, sebagai sumbangan positif kepada kedamaian, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan serantau bahkan dunia.Xi menekankan, usaha sama China dan DPRK membolehkan satu lembaran baharu disingkap pada tahun lepas. Tahun ini genap 70 tahun ikatan diplomatik dijalin antara kedua-dua negara, masa yang signifikan bagi perkembangan hubungan bilateral. Beliau menyatakan kesediaan untuk bersama-sama Kim membimbing hubungan dua hala mengorak langkah ke masa hadapan. Kedua-dua pihak diharap mengekalkan interaksi peringkat tinggi, memperkukuh komunikasi strategik serta mengintensifkan pertukaran dan kerjasama muhibah.

Menyentuh situasi Semenanjung Korea, Xi menilai positif langkah-langkah yang diambil DPRK untuk menjaga keamanan dan kestabilan di semenanjung itu, juga bagi merealisasikan semenanjung yang bebas senjata nuklear. China menyokong DPRK dan Korea Selatan membaiki hubungan, dan mahu melihat pertemuan pemimpin DPRK dan Amerika Syarikat membuahkan hasil. China juga menyokong pihak-pihak terlibat menyelesaikan isu-isu yang dipentingkan melalui dialog.Kim Jong-un pula menyatakan harapan agar keprihatinan DPRK diutamakan agar bersama-sama, satu penyelesaian tuntas bagi isu Semenanjung Korea dapat diusahakan. Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin tersebut juga saling memaklumkan situasi domestik.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin