Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

NDRC: Jamin Pertumbuhan Ekonomi Saksama, Mampan

2019-01-09 15:34:00 CRI

Sidang Kerja Ekonomi Pusat yang telah diadakan pada penghujung Disember tahun lalu telah menetapkan rancangan komprehensif berhubung sektor ekonomi bagi tahun ini.

Sidang itu merumuskan bahawa operasi ekonomi mesti dikekalkan dalam julat yang munasabah, dengan memanfaatkan sepenuhnya peranan dasar ekonomi makro.

Dalam temu bual bersama Agensi Berita Xinhua kelmarin, Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China, Ning Jizhe menyatakan, langkah-langkah untuk menstabilkan penggunaan produk utama termasuk automobil dan alat-alat elektronik rumah akan diperkenalkan pada tahun ini.

Di samping itu, dasar berhubung perkhidmatan pembantu rumah serta jagaan warga emas dan kanak-kanak juga akan disempurnakan, begitu juga bagi mencungkil potensi industri beli-belah dalam talian dan pelancongan di kawasan desa.

Ning juga menjelaskan beberapa tumpuan dari segi pelaburan, seperti projek penempatan semula dan pembinaan perumahan untuk keluarga berpendapatan rendah, serta pembangunan industri pertanian, kawasan desa dan kesejahteraan kaum tani.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin