Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Penerbangan Terus Guiyang-Mandalay Beroperasi

2019-01-09 15:34:00 CRI

Penerbangan terus antara Guiyang, ibu kota provinsi Guizhou dengan Mandalay, Myanmar kendalian syarikat penerbangan kos rendah 9 Air beroperasi secara rasmi dengan penerbangan sulung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Longdongbao Guiyang malam semalam.

Laluan menggunakan pesawat Boeing 737-800 itu menawarkan penerbangan setiap Selasa, Khamis dan Sabtu.

Xiang Wenyong, Naib Presiden Guizhou Airports Group (GYAirport) berkata, pembukaan penerbangan terus tersebut dipercayai bukan sahaja dapat mempercepat pembinaan jaringan penerbangan antarabangsa di Guiyang, malah amat signifikan bagi pembinaan zon ekonomi perintis yang terbuka di pedalaman China.

Myanmar mula menawarkan visa sewaktu ketibaan (VOA) kepada pelancong China sejak Oktober tahun lalu. Pembukaan penerbangan terus ke Mandalay memberi satu lagi pilihan kepada pelancong Guizhou untuk destinasi percutian sempena Tahun Baharu Cina yang akan datang.

Pada tahun ini, GYAirport juga akan membuka penerbangan langsung dari Guiyang ke India dan Paris.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin