Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Kerjasama Lebih Intensif, Signifikan bagi Hubungan

2019-01-09 14:19:50

Genap 40 tahun ikatan diplomatik dijalin antara Amerika Syarikat (AS) dengan China, kedua-dua negara "masih saling memerlukan" dan harus terus bekerjasama demi kedamaian dan keselamatan dunia.
Pandangan ini dikongsi beberapa tokoh politik dan perniagaan AS, dalam jamuan tahunan Dewan Perniagaan China AS di New York baru-baru ini.
Maurice Greenberg, mantan pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma insurans American International Group optimistik terhadap masa depan.
Greenberg, antara usahawan asing terawal menanam modal untuk membuka kilang di China pada tahun 1970an, telah menyaksikan perubahan dramatik dibawa pelaksanaan pembaharuan dan keterbukaan selama 40 tahun lalu. Beliau aktif memajukan kerjasama ekonomi dan persahabatan antara kedua-dua negara, demi keuntungan bersama.

Mantan Presiden AS, Jimmy Carter dalam surat tahniah atas penganjuran acara tersebut berkata, ketika hubungan dua hala berdepan cabaran yang tidak pernah dilihat sebelum ini, pertukaran ekonomi, pendidikan dan budaya hendaklah diperkukuh bagi memantapkan hubungan bilateral.
Jamuan malam itu turut diserikan dengan kehadiran Duta Besar China ke AS, Cui Tiankai serta kira-kira 450 tetamu lain.

Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin