Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Perutusan Tahun Baharu 2019 Presiden Xi Jinping

2018-12-31 21:15:21

Pada saat ini, ingin saya menyebut nama beberapa tokoh yang diberi penghormatan sebagai pewira negara. Lin Junde dan Zhang Chao, dua pahlawan yang diabadikan sebagai teladan tentera; Wang Jicai yang menjaga pulau selama 32 tahun serta Huang Qun, Song Yuecai dan Jiang Kaibin yang terkorban sewaktu melindungi platform eksperimen. Jasa mereka yang berkorban demi rakyat dan negara patut dikenang dan dicontohi untuk selama-lamanya.

Pada tahun ini, ramai sahabat lama dan baharu datang ke China, tuan rumah pelbagai aktiviti seperti Forum Asia Boao, sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Qingdao dan sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) di Beijing. Setiap kali, China telah menyampaikan pandangan dan suara sendiri. Saya telah melawat lima benua untuk menghadiri aktiviti diplomasi yang penting. Saya dan pemimpin pelbagai negara bertukar-tukar pendapat, mengukuhkan persahabatan dan meningkatkan rasa saling percaya. Lingkungan sahabat China di seluruh dunia semakin luas.

Tahun depan ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China (PRC). Sepanjang tujuh dekad lalu, rakyat menjadi tunjang negara dan tonggak pentadbiran kerajaan. Setiap langkah dalam perjalanan ini, rakyat China berusaha gigih hingga merealisasikan keajaiban pembangunan. Walau dibadai ribut, petir dan gelombang dalam perjalanan seterusnya, rakyat mesti diutamakan, dengan semangat waja selangkah demi selangkah menyambung perjuangan mulia ini.

Tahun depan membawa peluang dan cabaran, yang memerlukan ganding bahu semua.

Dasar menurunkan cukai pendapatan peribadi dan kos operasi syarikat perlu dilaksanakan seluruhnya bagi meringankan beban syarikat. Bakat dalam semua sektor harus dihormati dengan ikhlas dan langkah diambil bagi merangsang daya inovasi dan kreativiti mereka. Suara pegawai di peringkat akar umbi hendaklah diambil berat sebagai motivasi untuk mereka terus berjuang. Matlamat membawa lebih 10 juta penduduk miskin keluar dari kepompong kemiskinan perlu dicapai seperti yang dijadualkan. Veteran tentera yang telah berbakti untuk negara harus diberi layanan setimpal jasa. Pada detik ini, puluhan juta pekerja seperti penghantar ekspres, pembersih dan pemandu teksi masih bertugas. Di sini, ingin saya ucapkan terima kasih kepada mereka.

Melihat dunia berdepan perubahan yang tidak pernah disaksikan sepanjang abad, keyakinan dan kesungguhan China untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara tidak akan goyah, begitu juga keikhlasan untuk menjaga keamanan dunia dan menjayakan pembangunan bersama. China komited menggalakkan sinergi dalam pembangunan Jalur dan Laluan serta pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan ke arah mewujudkan dunia yang lebih makmur dan indah.

Loceng tahun baharu akan berdering. Marilah kita menyambut ketibaan 2019 dengan penuh keyakinan dan harapan.

Semoga China dilimpahi kesejahteraan! Semoga dunia kekal sentosa!

Terima kasih!


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin