Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Perutusan Tahun Baharu 2019 Presiden Xi Jinping

2018-12-31 21:15:21

Di ambang 2019, Presiden China, Xi Jinping menyampaikan perutusan tahun baharu melalui Kumpulan Media China (CMG) dan Internet.

Tuan-tuan, puan-puan dan rakan taulan sekalian,

Masa dan musim berlalu tanpa menunggu. Di ambang 2019, saya yang berada di Beijing mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada anda semua!

Sepanjang tahun ini, setiap langkah diorak teguh.

China telah mengatasi pelbagai kesukaran, menggalakkan pertumbuhan ekonomi berkualiti, mempercepat transformasi penjana lama kepada baharu dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada julat yang munasabah.

Perjuangan melindungi langit biru, air bersih dan tanah murni berjalan lancar, sementara projek-projek yang berkaitan dengan kesejahteraan masyarakat dipercepat dan taraf hidup rakyat semakin meningkat.

Pelbagai strategi negara seperti pembangunan terselaras Beijing-Tianjin-Hebei, zon ekonomi Sungai Yangtze dan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau dilaksanakan secara berperingkat.

Ketika membuat tinjauan, saya begitu gembira tatkala melihat kedua-dua tebing Sungai Yangtze dipinggiri kehijauan merimbun, sawah padi di Jiansanjiang terbentang luas beralun-alun, daerah Qianhai di Shenzhen dan Zhangjiang di Shanghai cukup dinamik, Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Makau menjadi nadi penyambung tiga tempat tersebut… kesemua ini adalah hasil titik peluh seluruh rakyat.

Pada tahun ini, buatan China, ciptaan China dan binaan China terus mengubah imej negara. Prob penyelidikan Chang'e-4 berjaya dilancarkan; kapal induk kedua China melakukan pelayaran secara percubaan; pesawat amfibia badan besar pertama menjalankan penerbangan sulung; Sistem Satelit Pandu Arah Beidou (BDS) selangkah ke hadapan ke arah membentuk rangkaian global… Dengan ini, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa setiap saintis, jurutera dan tukang yang telah menyumbang bakti.

Pada tahun ini, satu demi satu kemajuan dilakar dalam usaha membasmi kemiskinan. 125 lagi kaunti telah dibantu mengatasi kemiskinan, manakala 10 juta penduduk desa keluar dari belenggu kemiskinan. Masalah kemiskinan kerana penyakit menunjukkan kemajuan ketara apabila 17 jenis ubat antikanser diberi liputan insurans perubatan. Saya sentiasa prihatin terhadap rakan-rakan di barisan terdepan, termasuk lebih 2.8 juta pegawai di desa yang membaktikan diri tanpa mengenal penat lelah. Mereka diharap menjaga kesihatan diri.

Penduduk yang hidup susah juga sentiasa dekat di hati. Di kampung Sanhe, daerah Liangshan, provinsi Sichuan, saya telah menziarahi dua keluarga etnik Yi. Di kampung Sanjianxi, bandar Jinan, provinsi Shandong, saya duduk berbual-bual kecil dengan keluarga Zhao Shunli. Di komuniti Donghuayuan, bandar Fushun, provinsi Liaoning, saya mengunjungi keluarga Chen Yufang untuk melihat sendiri kediaman baharu setelah berpindah ekoran bencana alam. Di kampung Lianzhang, daerah Qingyuan, provinsi Guangdong, saya bertukar-tukar pendapat dengan penduduk setempat yang miskin, Lu Yihe mengenai cara mengatasi kemiskinan. Wajah mereka yang ikhlas masih bermain di minda hingga kini. Semoga kehidupan mereka semakin sejahtera pada tahun baharu.

Tahun 2018 merupakan ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Pembaharuan yang sistematik dan holistik telah dijalankan terhadap jentera parti dan negara; lebih 100 langkah pembaharuan diperkenalkan; Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama diadakan dengan jaya; zon rintis perdagangan bebas Hainan mula dibina. Seluruh dunia menyaksikan kepesatan pembaharuan dan keterbukaan serta tekad China untuk meneruskan usaha tersebut. Pembaharuan tidak akan henti, pintu China akan terbuka makin luas.

Pada tahun ini, kebanyakan graduan kumpulan pertama sejak China memulihkan peperiksaan kemasukan universiti telah bersara. Anak-anak yang dilahirkan pada alaf baharu telah pun sampai ke menara gading. Kempen untuk membolehkan lebih 100 juta penduduk migran bertapak di bandar terus dilaksanakan; 13 juta orang mendapat kerja di bandar dan pekan; 5.8 juta unit rumah baharu untuk penduduk yang mendiami komuniti lama sedang dibina. Banyak penduduk Hong Kong, Makau dan Taiwan memperoleh permit untuk tinggal di Tanah Besar. Hong Kong kini sebahagian jaringan kereta api berkelajuan tinggi (HSR). China negara yang makmur dan penuh dinamik. Semua rakyatnya pengejar impian.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin