Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China Sambut Ulang Tahun Ke-40 Pembaharuan dan Pintu Terbuka

2018-12-18 16:33:00 CRI

Majlis peringatan sempena ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka diadakan di Beijing pagi tadi. Presiden China, Xi Jinping hadir menyampaikan ucapan penting.

Pada 18 Disember 1978, Sidang Pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) ke-11 membuat keputusan bersejarah untuk melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang mengutamakan pembangunan ekonomi.

Dalam 40 tahun lalu, kekuatan bersepadu negara menampakkan lonjakkan besar dari segi kualiti.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 9.5% secara purata setahun, pendapatan per kapita meningkat 22.8 kali ganda, jumlah penduduk miskin berkurang 740 juta, sekali gus menyumbang lebih 30% kepada pertumbuhan ekonomi dunia selama beberapa tahun beturut-turut.

Dalam tempoh tersebut, China menggalakkan pembangunan dengan pintu terbuka, membolehkan jumlah import dan eksport barangan meningkat 198 kali ganda sementara import dan eksport perkhidmatan meningkat lebih 147 kali ganda, menarik lebih USD2 trilion (RM8.4 trilion) dalam pelaburan asing.

China kini entiti ekonomi kedua terbesar, negara perindustrian terbesar, negara perdagangan barangan terbesar dan negara rizab mata wang asing terbesar di dunia.

Xi Jinping menyatakan, kejayaan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka dalam tempoh 40 tahun ini membuktikan bahawa pimpinan Parti Komunis China (PKC) ialah ciri-ciri asas sosialisme yang bercirikan China dan juga kelebihan terbesar bagi sistem sosialis yang bercirikan China. Kedudukan pimpinan PKC tidak boleh digoyangkan. Kewibawaan dan pimpinan Jawatankuasa Pusat PKC perlu dijaga. Pimpinan PKC perlu dilaksanakan dalam pelbagai bidang termasuk pembaharuan, pembangunan, keamanan, ehwal dalam negeri, hubungan luar, pertahanan, pentadbiran Parti, negara serta tentera.

Xi juga menegaskan bahawa PKC perlu meningkatkan kemampuan pentadbiran dan taraf pimpinan supaya menjamin dasar pembaharun dan pintu terbuka dilaksanakan menuju ke arah yang betul.

Dalam majlis memperingati ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang diadakan di Beijing pagi tadi, Presiden Xi Jinping menyatakan, pembaharu dan pintu terbuka di negara ini mesti mengutamakan rakyat, mengikuti hasrat rakyat, menghormati keinginan rakyat, menumpukan keadaan rakyat, dan komited kepada kesejahteraan rakyat.

Beliau mengatakan, Parti Komunis China (PKC) perlu sentiasa menjadikan aspirasi rakyat terhadap kehidupan bahagia sebagai misinya, menyempurnakan sistem demoratik, memperluas saluran demokratik, memperlbagaikan cara demokratik dan menyempurnakan jaminan undang-undang, memastikan rakyat dapat menikmati hak demokratik yang meluas, penuh dan benar. PKC perlu menyelesaikan masalah berkaitan rakyat, membolehkan rakyat berkongsi hasil daripada pembangunan ekonomi, politik, kebudayaan, sosial dan ekologi, agar kepuasan rakyat lebih banyak, langsung dan benar.

Presiden China, Xi Jinping menyatakan, China harus mengutamakan pembangunan dan meningkatkan kekuatan bersepadu negara.

Tumpuan perlu diberikan untuk menyelesaikan percanggahan antara keperluan rakyat terhadap kehidupan lebih baik dengan pembangunan yang kurang seimbang dan holistik.

Usaha juga hendaklah dilakukan bagi mempercepat pembentukan sistem ekonomi moden; mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi, berkesan, adil dan berterusan; mengoptimumkan struktur ekonomi dan penjana pertumbuhan; melaksanakan strategi pembangunan dipacu inovasi, memajukan inovasi teknologi; memperkasakan pembangunan tamadun ekologi hingga membawa kepada mod pembangunan dan gaya hidup hijau.

Presiden China, Xi Jinping berkata, pembangunan China tidak dapat dipisahkan daripada dunia, manakala kemakmuran dunia juga memerlukan China.

China mesti terus memperluas keterbukaan dan menyumbang tenaga kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Beliau menyatakan, China akan menggalakkan pembinaan hubungan antarabangsa model baharu yang saling hormat, sama rata dan adil, kerjasama dan untung-untung.

Hak rakyat semua negara untuk memilih jalan pembangunan sendiri akan dihormati, sebaliknya sebarang bentuk paksaan, campur tangan dan pembulian oleh pihak lain akan ditentang.

China akan memainkan peranannya selaku negara besar yang bertanggungjawab, menyokong pembangunan negara membangun, dan aktif menyertai pembaharuan terhadap sistem tadbir urus sejagat.

China menyokong sistem perdagangan multilateral, menggalakkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan, dan akan bersama-sama semua pihak berkenaan membina platform baharu untuk kerjasama antarabangsa berdasarkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Xi Jinping menegaskan, China tidak akan mengejar pembangunan dengan mengorbankan kepentingan negara lain, namun tidak akan melepaskan hak dan kepentingan sah milik sendiri. China menjunjung dasar pertahanan bersifat defensif, dan pembangunannya tidak menjadi ancaman kepada mana-mana negara. China tidak sekali-kali mengejar hegemoni.

Ketika berucap dalam majlis memperingati ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang diadakan di Beijing, Xi Jinping berkata, tentera China perlu dibangunkan menjadi sebuah angkatan kuat yang selaras dengan kepentingan keselamatan dan pembangunan negara.

Usaha ini adalah misi strategik bagi memangkinkan pemodenan sosialis China pada masa ini.

Pembangunan angkatan tentera harus berpegang pada pimpinan Parti Komunis China (PKC) dan menempuh jalan pembangunan yang bercirikan China.

Serentak itu, pembaharuan terhadap angkatan tentera dan pertahanan negara juga perlu terus diperdalam bagi membangunkan angkatan bertaraf dunia dan menjadi tonggak utama demi mewujudkan kebangkitan semula nusa dan bangsa, impian seluruh rakyat China.

Presiden Xi Jinping menzahirkan tekad untuk mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah, dengan menegaskan China tidak akan melepaskan walau seinci pun tanahnya kepada negara lain.

Dasar "Satu Negara Dua Sistem", "orang Hong Kong mentadbir Hong Kong", "orang Makau mentadbir Makau" dan autonomi pada tahap tinggi hendaklah dilaksanakan sepenuhnya bagi mengekalkan kemakmuran dan kestabilan dua wilayah pentadbiran khas itu dalam jangka panjang.

Kerajaan pusat menyokong dan menggalakkan pengintegrasian Hong Kong dan Makau dalam agenda pembangunan negara supaya berkongsi tanggungjawab merealisasikan kebangkitan nusa dan bangsa serta kemakmuran tanah air.

Dalam pada itu, prinsip Satu China dan Konsensus 1992 perlu terus dipegang teguh, di samping memperkukuh asas bagi pembangunan damai hubungan rentas selat serta pertukaran dan kerjasama ekonomi dan budaya demi manfaat bersama.

Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin