Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Pemimpin, Harapan untuk Hidup Lebih Sejahtera

2018-12-07 15:02:00 CRI

Presiden China, Xi Jinping pulang ke Beijing semalam sesudah lawatan ke empat negara Eropah dan Amerika Latin, serta menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Buenos Aires, Argentina.

Xi berkata, beliau dapat merasai aspirasi rakyat negara-negara tersebut tentang kedamaian dan kestabilan dunia, pembangunan dan kemakmuran negara masing-masing, serta kesejahteraan hidup sendiri.

Walaupun dunia ini menghadapi pelbagai masalah dan cabaran, China akan sentiasa berpegang pada prinsip saling hormat, berunding secara sama rata, membangun secara damai dan bekerjasama saling menguntungkan, agar bersama-sama negara lain membina komuniti berkongsi nasib sesama insan. Kata Xi, masalah dan cabaran tersebut memerlukan muafakat melibatkan semua negara.

Mengenang kembali lawatan beliau kali ini, terdapat tiga sifat yang sentiasa ditonjolkan China. Pertama, mendengar suara semua negara dengan ikhlas dan menyelesaikan masalah melalui muafakat. Kedua, menyokong teguh multilateralisme dan menjunjung kerjasama menang-menang. Ketiga, pemimpin tertinggi memperlihatkan visi dan sikap bertanggungjawab.

Dalam beberapa banyak mesyuarat multilateral baru-baru ini, Xi selaku pemimpin tertinggi negara membangun terbesar di dunia, berhujah dari sudut pandangan negara membangun hingga merumuskan pelbagai konsensus multilateral.

Beliau menekankan, perdagangan antarabangsa perlu berpaksikan tiga perkara iaitu keterbukaan, keinklusifan dan peraturan, sedangkan isu-isu pembangunan hendaklah terus diketengahkan dalam tadbir urus ekonoim global. Saranan beliau ini mendapat sahutan daripada masyarakat antarabangsa.

Tatkala dunia bersedia melabuhkan tirai kepada tahun 2018, Presiden Xi memupuk semangat rakan kongsi melalui agenda diplomasi ini. Ternyata, ketika berdepan rakyat yang mendambakan hidup yang lebih sejahtera, kekuatan dan pendirian tinggi para pemimpinlah yang memberi harapan kepada mereka.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin