Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Hubungan Ekonomi Teras Ikatan China-AS

2018-12-06 14:02:40

Pusingan ke-11 dialog antara ahli perniagaan dan bekas pegawai kanan kerajaan dari China dengan Amerika Syarikat (AS) diadakan di Washington Selasa lalu, dengan tajaan Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China dan Dewan Perdagangan Kebangsaan AS.

Dialog dihadiri lebih 30 peserta, disimpulkan dengan pengumuman kenyataan bersama kedua-dua pihak.

Dalam pertemuan di Argentina baru-baru ini, Presiden Xi Jinping dan rakan sejawatnya, Donald Trump mencapai persetujuan untuk berhenti mengenakan tarif baharu dan mencapai perjanjian komprehensif dan boleh dilaksanakan secara berterusan dalam masa 90 hari, bagi menggalakkan kestabilan hubungan ekonomi dan perdagangan.

Dalam konteks ini, para peserta dijemput mengadakan pertukaran pendapat secara terus terang, untuk mencari inisiatif bagi menggalakkan perkembangan hubungan China-AS secara sihat dan berterusan.

Para peserta turut menegaskan bahawa hubungan ekonomi dan komersial ialah teras bagi hubungan China dan AS, yang juga memainkan peranan penting demi kestabilan, pembangunan dan kemakmuran ekonomi masing-masing malah dunia.

Perbincangan juga dijalankan berkisarkan impak negatif ekoran jurang yang semakin besar antara ekonomi terbesar dan kedua terbesar di dunia.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin