Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

AS Diharap Sehaluan dengan China, Galak Hubungan Sihat

2018-12-06 11:47:46

AS diharap dapat sehaluan dengan China dalam menggalakkan hubungan dua hala berkembang secara sihat dan stabil berdasarkan konsensus yang dicapai antara pemimpin, demi faedah yang lebih besar kepada rakyat masing-masing bahkan dunia.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo menyatakan di Brussel pada 4 Disember lalu bahawa Presiden Donald Trump akan mewujudkan order dunia yang baharu diketuai oleh negaranya. AS juga tidak akan membiarkan China, Iran dan Rusia membelakangi perjanjian multilateral, dan akan melaksanakan pembaharuan terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia, dan lain-lain institusi berkenaan.
Mengulas kenyataan Pompeo tersebut, jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang berkata, kenyataan Pompeo itu tidak selaras dengan semangat hasil pertemuan pemimpin China dan AS baru-baru ini, iaitu kedua-dua negara akan memperluas kerjasama saling menguntungkan dan mengendalikan perselisihan secara konstruktif berdasarkan rasa saling hormat, bagi memupuk hubungan yang berasaskan koordinasi, kerjasama dan kestabilan.
Geng berkata, China pembina keamanan, penyumbang kepada pembangunan dan pelindung order antarabangsa. China sentiasa mempertahankan multilateralisme dan menjunjung order antarabangsa berdasarkan peraturan dan sistem multilateral berteraskan PBB.
Beliau turut menegaskan bahawa China dan AS masing-masing negara membangun dan negara maju terbesar, kedua-duanya negara penting yang membawa pengaruh besar kepada dunia. Melalui kerjasama, China dan AS dapat saling untung, sebaliknya tanpa kerjasama, kedua-duanya akan rugi.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin