Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, Portugal Manfaatkan Ulang Tahun Mantapkan Hubungan

2018-12-05 13:32:00 CRI

China dan Portugal bersetuju untuk terus memperkasakan kerjasama muhibah bagi membuka lembaran baharu hubungan dua hala, dengan memanfaatkan ulang tahun ke-40 ikatan diplomatik antara kedua-dua negara sebagai titik permulaan bersejarah yang baharu.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan antara Presiden Xi Jinping dengan rakan sejawatnya, Marcelo Rebelo de Sousa di Lisbon semalam.

Xi berkata, persahabatan antara China dengan Portugal bersejarah lama. Sejak ikatan diplomatik dijalin 39 tahun lalu, kedua-dua negara sentiasa saling memahami, saling menghormati, serta mengekalkan kerjasama yang sihat dan stabil. China menghargai pendirian Portugal yang sentiasa berpegang pada dasar "satu China", dan bersedia memperkukuh sinergi dalam isu-isu teras yang menjadi kepentingan masing-masing.

Beliau menyarankan agar kedua-dua pihak mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi serta antara kerajaan, badan legislatif, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Kerjasama hendaklah ditingkatkan dalam rangka Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) bagi menggalakkan kesalinghubungan.

Beliau menambah, China dan Eropah rakan kongsi strategik komprehensif. China menyokong teguh integrasi Eropah, berharap Portugal memainkan peranan positif dalam EU bagi memastikan hubungan China-Eropah berkembang mengikut arah yang betul.

Rebelo de Sousa pula menyatakan, negaranya menyokong BRI, menanti-nantikan kerjasama dan komunikasi lebih rapat dengan China termasuk dalam ekonomi dan perdagangan, kewangan dan kebudayaan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin