Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Terusan Panama, Saksi Hubungan Makin Maju

2018-12-04 14:01:37

Terusan Panama merupakan salah satu laluan perkapalan terpenting di dunia yang menghubungkan lebih 140 laluan, mengendalikan kira-kira 6% perdagangan global setiap tahun.

Pelayaran di Terusan Panama juga dianggap barometer bagi perdagangan global. Pada Jun 2016, projek penaiktarafan terusan itu siap selepas sembilan tahun, membolehkan kapal lebih besar rentas melalui sluis baharu. Kapal pengangkut milik COSCO China yang pertama berlayar melalui terusan itu selepas dinaiftarafkan, membuktikan pentingnya Panama bagi industri logistik maritim China.

Kini, China bukan sahaja pengguna kedua terbesar Terusan Panama, malah sumber dan destinasi komoditi kedua terbesar di dunia.

Pada Jun 2017, China dan Panama menjalin hubungan diplomatik, disusuli lawatan oleh Presiden Panama, Juan Carlos Varela ke China pada November tahun yang sama. Ikatan diplomatik itu bukan sahaja membuka lembaran baharu pembangunan kedua-dua negara, tetapi juga disambut baik komuniti keturunan Cina di Panama.

Dalam tempoh setahun lalu, syarikat China melibatkan bidang tenaga, kewangan, telekomunikasi, infrastruktur dan teknologi membuka cawangan di Panama, sekali gus mencipta ribuan pekerjaan untuk penduduk tempatan. Pada April tahun ini, China membuka penerbangan langsung ke Panama, yang pertama antara China dengan Amerika Tengah.

Dalam lawatan Presiden Varela ke China pada tahun lalu, satu memorandum persefahaman turut ditandatangani, yang pertama bagi China dengan mana-mana negara Amerika Latin dan Caribbean.

Semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya itu, Presiden Xi menyifatkan Amerika Latin sebagai rakan yang tidak dapat dipisahkan dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Penaiktarafan hubungan China-Panama membuktikan bahawa sekiranya kedua-dua negara berani menghapuskan halangan dan bekerjasama berdasarkan prinsip saling hormat dan sama rata, nescaya akan mencipta masa depan yang lebih cemerlang.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin