Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, Panama Bersetuju Tingkatkan Hubungan

2018-12-04 12:33:00 CRI

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Panama, Juan Carlos Valera menyanjung tinggi momentum baik hubungan dua hala dan hasil kerjasama kedua-dua pihak sejak ikatan diplomatik terjalin pada Jun tahun lalu. Kedua-dua presiden turut mencapai konsensus yang meluas untuk meningkatkan hubungan dua hala.Semasa rundingan semalam, Xi yang sedang dalam rangka lawatan ke Panama menekankan bahawa pembangunan berteraskan rakyat antara konsensus penting yang dicapai, dengan kesejahteraan rakyat dijadikan kriteria bagi menguji keberkesanan usaha terbabit.

Kata Xi, "strategi logistik negara 2030" Panama sejajar dengan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China. Kedua-dua pihak perlu memperkasakan penyelarasan strategi, mengintensifkan kerjasama dalam sektor kewangan, pelancongan, logistik dan pembinaan prasarana, selain melaksanakan projek penting melibatkan kereta api, pendidikan dan perubatan, serta menggalakkan kesalinghubungan.Valera mengalu-alukan lawatan bersejarah Xi kali ini, yang nescaya akan merapatkan persahabatan antara Panama dan China. Pihaknya mengamalkan dasar "satu China" dan mengiktiraf gagasan Xi mengenai pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan. Panama menyokong BRI dan mahu meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang pelaburan, pengangkutan pelabuhan, kawasan perdagangan bebas dan lain-lain.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin