Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Penubuhan Bomba Bersepadu, Langkah Strategik China

2018-11-09 16:26:23

Penubuhan Bomba Bersepadu, Langkah Strategik China

Penubuhan sebuah pasukan bomba dan penyelamat yang bersepadu adalah satu keputusan strategik oleh kerajaan China, sebagai langkah untuk menyesuaikan diri dengan pemodenan sistem dan kapasiti tadbir urus negara.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping pada majlis penyerahan bendera kepada pasukan bomba dan penyelamat China yang diadakan di Dewan Besar Rakyat, Beijing hari ini.

Penubuhan Bomba Bersepadu, Langkah Strategik China

Xi yang juga Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menekankan, adalah penting bagi sebuah sistem bantuan kecemasan peringkat negara dibentuk pada era baharu ini, berdasarkan keadaan negara China serta ciri-ciri bencana dan kemalangan.

Langkah tersebut juga mustahak bagi meningkatkan keupayaan menangani dan mencegah bencana kebakaran, demi keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.

Menurut pelan rangka kerja yang dilancarkan baru-baru ini, pasukan bomba dan polis hutan disusun semua menjadi sebuah pasukan bomba dan penyelamat kebangsaan, yang dikelolakan di bawah Kementerian Pengurusan Kecemasan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin