Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Bagaimana Cipta Dunia Digital yang Diperlukan?

2018-11-09 13:29:12
r_1417489_2018110913293222960100.jpg r_1417489_2018110913293237081900.jpg

"Bagaimana mencipta dunia digital yang berlandaskan saling hormat dan ditadbir urus bersama", persoalan yang menjadi tumpuan perbincangan dalam Persidangan Internet Dunia ke-5 yang sedang berlangsung di Wuzhen, provinsi Zhejiang.

Para peserta persidangan tiga hari itu duduk berdialog dan bertukar-tukar pendapat mengenai pembentukan komuniti bernasib sesama insan dalam ruang siber serta tindakan bersama yang boleh diambil untuk mewujudkan visi tersebut.

Setakat hujung Jun lalu, kadar penyebaran Internet di seluruh dunia mencecah 55%, dengan kira-kira 4.2 bilion orang dapat mengakses maklumat melalui platform itu, sekali gus mengubah cara mereka mendapatkan pengetahuan serta gaya hidup, pemikiran dan nilai. Oleh yang demikian, kandungan yang disebarkan melalui internet adalah amat penting.

Asalkan benar dan diperoleh daripada sumber yang sah, tiada berita yang dilarang disebarkan melalui Internet, biar tentang bencana, kemalangan mahupun skandal. Namun pada hakikatnya, yang sering tersebar paling pantas adalah berita palsu yang hanya membawa kesedihan dan huru-hara.

Tim Berners-Lee, jurutera dan saintis perkomputeran Britain yang lebih terkenal sebagai pencipta World Wide Web (WWW), pernah menyuarakan rasa kesal atas penyalahgunaan data peribadi dan kebencian yang dilihat tersebar melalui Internet, jauh terpesong daripada niat asal penciptaannya 30 tahun lalu.

Beliau menyatakan tenaga positif yang datangnya daripada Internet kini semakin berkurang, sedangkan Internet tidak lagi memperkasa diri pengguna. Pada pendapatnya, Internet hendaklah menyebarkan lebih banyak kasih sayang.

Taylor Owen, seorang profesor madya yang mengkaji media digital dan urusan global di Universiti British Columbia, Kanada menganggap bahawa selain kandungan yang disebarkan, struktur dan model keuntungan industri Internet sedia ada juga wajar diteliti. Masyarakat antarabangsa harus bergabung tenaga untuk membaiki sistem tadbir urus Internet supaya lebih telus, adil dan teratur.

Sebagaimana yang dinyatakan Presiden China, Xi Jinping, walaupun Internet tidak dapat dilihat, tetapi pengguna, yang boleh dilihat, tidak boleh hidup tanpanya. Semua negara perlu bersama-sama membina komuniti berkongsi sesama insan dalam ruang siber.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin