Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, AS Ikrar Eratkan Pertukaran Pemimpin Tertinggi

2018-11-08 14:30:47

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meningkatkan komunikasi yang erat melalui pertemuan, perbualan telefon dan surat.

Usaha kedua-dua pemimpin tersebut telah memberi hala tuju bagi perkembangan hubungan dua hala pada masa depan.

Demikian ujar Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Ketua Pejabat Hal Ehwal Luar Pusat, Yang Jiechi ketika menemui Penasihat Presiden AS bagi Urusan Keselamatan Negara, John Bolton di White House pada 7 November lalu waktu tempatan.

Yang berkata, Dialog Diplomasi dan Keselamatan China-AS pusingan ke-2 yang dijadualkan pada 9 November akan membuat persiapan bagi pertemuan pemimpin China-AS di Argentina dalam tempoh Sidang Kemuncak Buenos Aires Kumpulan 20 (G20) 2018 yang dijadualkan pada 30 November hingga 1 Disember.

Kedua-dua pihak sepatutnya meningkatkan penyelarasan, dan bersungguh-sungguh menangani percanggahan demi memastikan pertemuan nanti dapat membuahkan hasil yang memuaskan.

Bolton berkata, Presiden Trump amat menanti-nantikan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping dalam tempoh Sidang Kemuncak Buenos Aires G20 tersebut.

AS bersedia mengekalkan komunikasi dan membuat kerja persiapan yang sempurna untuk menjayakan pertemuan pemimpin AS-China.

Dialog Diplomasi dan Keselamatan AS-China pusingan ke-2 yang bakal diadakan pada Jumaat ini turut bermanfaat bagi memperhebat rasa saling percaya dari aspek strategik.

Negaranya akan terus meningkatkan komunikasi dan kerjasama dengan China dalam hubungan dua hala dan isu-isu diberi perhatian bersama.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin