Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China yang Kekal Terbuka Kukuhkan Keyakinan Masyarakat Antarabangsa

2018-11-08 14:20:44

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama pada 5 November lalu. Para peserta dari pelbagai negara menganggap, ucapan Xi mengeluarkan isyarat positif tentang China kekal menggalakkan keterbukaan dan kerjasama dan bersedia berkembang bersama dengan negara lain. Ini akan membawa lebih banyak peluang pembangunan kepada dunia sekali gus memperkukuh keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap ekonomi sejagat pada masa depan.

Pesuruhanjaya Kesatuan Eropah yang bertanggungjawab kesihatan dan keselamatan makanan , Wytenis Andriukaitis menyanjung saranan Presiden Xi Jinping tentang 

menggalakkan globalisasi ekonomi berkembang ke arah lebih terbuka, inklusif dan seimbang. Beliau berkata kepada wartawan bahawa EU mempunyai pendirian yang sama dengan China dalam menentang perlindungan perdagangan, menyokong perdagangan bebas dan sistem perdagangan multilateral.

Menteri Perdagangan Antarabangsa Britain, Liam Fox menyatakan bahawa Britain amat mengalu-alukan langkah China untuk terus membuka pasaran terhadap produk dan pelaburan asing, seperti yang dibentangkan Presiden Xi. Beliau berharap kedua-dua negara meningkatkan perdagangan dan pelaburan komprehensif. 


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin