Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Buka Era Baharu Perlindungan Hak Harta Intelek

2018-11-08 13:33:31

Dalam ruangan pameran Ekspo Import Antarabangsa China(CIIE) pertama di Shanghai, para pengunjung dapat menyaksikan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang digunakan dalam bidang pengimpalan automotif, pengangkutan laju, pembedahan, malah yang boleh dijadikan pemandu, pemasak kopi dan sebagainya. Selain itu, mereka juga dapat menyaksikan realiti maya (VR) dan penganalisisan data besar yang digunakan dalam memandu automotif dan perubatan serta banyak lagi teknologi tinggi yang digunakan dalam pelbagai bidang. CIIE telah menjadi pentas persembahan hasil teknologi canggih sejagat sekali gus merupakan jendela bagi kita menjangkakan kehidupan yang indah pada masa depan. Ini selaras dengan perkataan Presiden China, Xi Jinping dalam ucaptama pada majlis perasmian CIIE, 'demi kesejahteraan manusia' merupakan tenaga penggerak yang paling kuat bagi inovasi sains dan teknologi, pelbagai negara harus memegang peluang yang dibawa revolusi sains dan teknologi pusingan baharu dan pembaharuan industri, meningkatkan ekonomi digital, meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi digital, AI dan teknologi nano, bersama-sama mencipta teknologi baharu, industri baharu, operasi baharu dan model baharu.

Dalam CIIE ini, terdapat lebih 100 teknologi dan produk baharu sejagat diumumkan yang dilihat mencerminkan semangat inovatif manusia, sekali gus mencerminkan agensi penyelidikan dan pembangunan serta pengeluar pelbagai negara bukan sahaja mementingkan pasaran China yang agak besar dan juga usaha serta pencapaian kerajaan China dalam melindungi hak harta intelek selama ini. China sekarang ini adalah antara 20 teratas dalam ranking indeks inovasi sejagat 2018 Pertubuhan Hak Harta Intetek Dunia. Bill Gates, yang menghadiri Forum Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa Hongqiao menyatakan bahawa banyak hasil inovasi China bukan sahaja dapat berkhidmat kepada China sendiri bahkan dunia.

China telah memeterai hampir semua konvensyen antarahangsa hak harta intelek dunia yang penting, dan mempunyai jumlah permohonan cap dagangan yang menduduki tempat pertama di dunia untuk 16 tahun secara berturut-turut, serta jumlah permohonan paten penciptaan yang menduduki tempat pertama di dunia untuk 7 tahun secara berturut-turut. Pada tahun-tahun kebekalangan ini, China telah membentuk mahkamah dan tribunal khas hak harta intelek. Biro Hak Harta Intelek Negara akan disusun semula pada tahun ini sebagai kerja utama untuk meningkatkan jaminan terhadap semangat inovasi dari segi undang-undang.

Persidangan Perlindungan Hak Harta Intelek dan Pembangunan Inovasi Sejagat yang diadakan kelmarin sempena CIIE telah menarik penyertaan pegawai kerajaan, pakar, sarjana dan wakil dari pertubuhan antarabangsa dan lebih 20 buah negara dan kawasan yang sudi mengeluarkan pendapat dan cadangan untuk menggalakkan inovasi sejagat.

Memang seperti yang dikatakan Presiden Xi Jinping, pelbagai negara harus berusaha memperbaiki suasana perniagaan sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri, bukannya selalu menuding pihak lain.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin